Thursday, 24 November 2011





 Bahasa Tamil Tahun 1
Kemahiran Mendegar dan bertutur (KSSR)

Saya menggunakan kaedah cerita lagu (bergurindam) untuk mengajar kemahiran mnedengar dan bertutur. Saya menggunakan cerita arnab dan kura-kura melalui video yang saya muatnaik dari internert. Murid-murid saya sangat gembira dan seronok . Akan tetapi pada kali pula saya menghadapi masalah komputer iaitu masalah pembesar suara. Komputer saya tiba-tiba mengalami kerosakkan speaker. Saya meminta guru di kelas sebelah  dan beliau telah membantu saya. Rakan guru saya telah memberi pandangan iaitu menyuruh saya menggunakan bilik komputer pada masa akan datang. Saya berasa segan dan meminta maaf kerana mengganggu beliau semasa pengajrannya. Walaupun keadaan ini terjadi , objektif saya telah tercapai.

 BAHASA TAMIL TAHUN 1

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN ERTUTUR(KSSR)


       Saya telah mengajar kemahiran mendengar dan bertutur melalui nyayian. Murid-murid saya sangat suka lirik dan muzik lagu ini. Sebenarnya murid-murid saya pandai menyanyi, oleh itu mereka dapat mengikuti lagu ini dengan seronok. Saya mengadakan kerja kumpulan iaitu saya meminta murid-murid saya menyenaraikan perkataan yang berkaitan dengan burung kakak tua ini. Murid-murid juga dapat memberitahu nilai murni yang tersirat dalam lagu ini. Saya berasa puas hati dengan pengajaran saya ini.

Refleksi
Matapelajaran :               Bahasa Tamil Tahun 1
Tajuk                     :               Kata Berganda
                Saya adalah guru Bahasa Tamil Tahun 1. Pada hari ini saya telah mengajar Tajuk kata berganda . Saya mengajar dengan menggunakan power point. Ia membuatkan murid-murid saya seronok pada mulanya. Akan tetapi mereka agak bosan apabila saya teruskan dengan power point yang tidak begitu menarik.Power point saya hanya dengan gambar dan perkataan. Murid-murid saya mengharapkan power point yang agak menarik dan seperti animasi.